20080421

Tali Leher Baru!

Dah lama sebenarnya saya nak muat-naikkan gambar ini. Sempena ulangtahun hari keputeraan saya yang ke-20 tahun ini, seorang makcik dari Malaysia (yang mahu dirahsiakan namanya) mengirim satu bungkusan yang di dalamnya berintikan satu helai (?) tali leher berwarna biru muda. Bila melihat gambar di atas, beliau hanya mengulas; "Aiya, lu takda taste ka? Itu tie mana boleh pakai sama baju kemeja yang warna dia cerah, maa..." Apapun, terima kasih buat makcik :)

20080420

Sejak Bila Ada Hamba?

Jeng, jeng, jeng... Bersih dan berkilat, kan? Inilah hasilnya selepas tugasan saya sebagai tukang masak selesai. Tapi...


Selepas seminggu, inilah yang terjadi. Suka sangat housemate biarkan alatan-alatan tak berbasuh. Aduh... Tak apalah, kenangan saja ni. Lagipun, saya dah pindah :3

Intabih

Anda dibenarkan mengambil isi blog ini untuk penyiaran, penyebaran, atau percetakan semula, dengan syarat bukan untuk tujuan komersil, kandungannya tidak diubah dan URL ke blog ini (atau entri) disertakan bersama. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau ketidakfahaman, hubungi penulis di alamat ibnuahmad_13 [at] yahoo.com atau miorkhabir [at] gmail.com.