20080719

Famili Tercinta! Ku Rindukan Kalian!!!

Gambar-gambar ini dihantar oleh sepupu saya, Syed Badrul Nizam, semasa saya ber-YM dengannya. Saya pinta dia menghantar beberapa cebisan kenangan untuk saya abadikan semasa berada di bumi Kinanah ini. Rindu benar pada si kecil, anak-anaknya. Hei korang, ni Ayah Ngah Khabir laaa... Kenal tak?

Heh, confirm tak kenal. Mereka masih kecil lagi saat saya meninggalkan tanah air, menuju ke Mesir. Huhu...


Syarifah Rabi'atun Adawiyah @ kakak, sepupu, dan si cilik Syarifah Rifqah Ar-Rasyiqah di rumah saya, di Teluk Intan.

Adik bongsu saya, Mior Mohd Khalis, bersama anak sepupu, Syed Muhammad Al-Fateh, juga di Teluk Intan. (Adik, sekecil-kecil kamu, dah jadi 'pakcik' dah ek?) :3

Fateh nampak apa tu? Ikan jaws? Tapi kenapa tersengih?

Kakak posing, control cun tu. Hehe.

Abang dah smile, tapi kenapa kakak muram je? Tak ready kot. Tak pun cameraman tak cakap one, two, three!

Syarifah Rifqah Ar-Rasyiqah. Pergh, Ayah Ngah yang belajo kat Mesir ni pun terbelit-belit nak nyebutnye! Nasib la sape yang jadi laki kamu esok, Rifqah. Jenuh! Huhu.


20080713

Memori Syawal Lepas

Gambar semasa membuat persembahan di Rumah Kelantan Baru pada Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. Gambar ini saya peroleh daripada saudara Hanif. Kenapalah baru sekarang saya dapat gambar ini, ya?

20080712

Sekitar Program Di Sini

Di sebuah pantai di Alex, menunggu panggilan daripada pihak penganjur.

Rakan sekerja yang botak lagi macho, Don Daniyal. "Ni arab mana yang misscall aku nih?" katanya.

Melihat keindahan ciptaan Yang Maha Bijaksana. Sunset @ Alex.

Backdrop pertandingan Pidato Piala Presiden 2008.

Hakim pertandingan yang ralit mendengar pidato setiap peserta.

Para johan. (dari kiri) Fakhruddin - Johan, Noraidin - Ketiga, Haikal - Kedua.

Hadiah-hadiah yang sempat dikandid.

Intabih

Anda dibenarkan mengambil isi blog ini untuk penyiaran, penyebaran, atau percetakan semula, dengan syarat bukan untuk tujuan komersil, kandungannya tidak diubah dan URL ke blog ini (atau entri) disertakan bersama. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau ketidakfahaman, hubungi penulis di alamat ibnuahmad_13 [at] yahoo.com atau miorkhabir [at] gmail.com.