20080822

Conteng-conteng!

Suka sangat menconteng sehari dua ni. Pantang tengok gambar posing yang 'mencarik adat' (atau lain dari yang lain), mahu saja dilakarkan dan diedit dengan Photoshop.

Gambar asal yang diubah sedikit latarbelakangnya.

Gambar yang sudah diubah sepenuhnya. Ditokok-tambah pun ada. Hehe.

Gambar yang sudah dimodifikasikan kepada kartun. Tak sama langsung dengan yang asal. Kan? :>


Rindu Yang Merah Merona

Gambar-gambar sekitar jaulah walimah empat sejoli di Tanta. Maaflah, gambar bersama pengantin tidak diambil. Sebabnya? Tujuan utama ke Tanta hanyalah berjumpa cik Aisyah Humaira' binti Mohd Nurul Hisyam yang baru berusia lebih kurang dua bulan. Hehe.

Mengikut mimik muka Aisyah ketika itu, mungkin di dalam hatinya menyebut: "Ammu Zaki ni merimaskanlah!" Hehe.

Aik, kecil-kecil lagi sudah pandai posing depan kamera? Mantaplah, Ise. :>

Geram betul! Cubit sikit pipi.

Ish, kenapa Aisyah renung Ammu Han Ri macam tu? Marah ek? Sori la, Ammu sibuk, tak dapat nak jenguk Aisyah awal-awal. Ni Ammu datang ni, syukurlah sikit. Huhu...

Dah tak nak renung Ammu dah. Merajuk la tu.

Bukan merajuk. Mengantuk rupanya.

Ammu Han Ri gayat. Abinya ambil la pula. Tak berani Ammu nak dukung kamu. Gayat!

Ni kenapa buat muka masam lak ni. Ammu nak pi solat la. Lepas ni Ammu bawa pi round Seberbay ek. :D

Intabih

Anda dibenarkan mengambil isi blog ini untuk penyiaran, penyebaran, atau percetakan semula, dengan syarat bukan untuk tujuan komersil, kandungannya tidak diubah dan URL ke blog ini (atau entri) disertakan bersama. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau ketidakfahaman, hubungi penulis di alamat ibnuahmad_13 [at] yahoo.com atau miorkhabir [at] gmail.com.