Kandid sikit sekitar penghasilan Budak Bionik, prolog, siri satu. Entah macam mana boleh terambil gambar-gambar ni. Alang-alang dah terambil, baik letak kat sini, tak gitu? Hehe...
Laptop kesayangan
Promote nama di
desktop, nampak?

Pena-pena yang menjadi teman tarian di atas pentas sehelai kertas putih

Pembikinan elemen dalam lukisan (panel, warna latar,
lines of effect, dll) yang mencabar kesabaran... sebab laptop selalu
hang. Kena format la alamatnya... ;(

Dah lama sebenarnya saya nak muat-naikkan gambar ini. Sempena ulangtahun hari keputeraan saya yang ke-20 tahun ini, seorang makcik dari Malaysia (yang mahu dirahsiakan namanya) mengirim satu bungkusan yang di dalamnya berintikan satu helai (?) tali leher berwarna biru muda. Bila melihat gambar di atas, beliau hanya mengulas; "Aiya, lu takda
taste ka? Itu
tie mana boleh pakai sama baju kemeja yang warna dia cerah, maa..." Apapun, terima kasih buat makcik :)
Jeng, jeng, jeng... Bersih dan berkilat, kan? Inilah hasilnya selepas tugasan saya sebagai tukang masak selesai. Tapi...
Selepas seminggu, inilah yang terjadi. Suka sangat housemate biarkan alatan-alatan tak berbasuh. Aduh... Tak apalah, kenangan saja ni. Lagipun, saya dah pindah :3
Gambar di atas adalah gambar sebiji gelas kaca hadiah daripada seorang senior saya, Abd Kadaer Zailani Mohd Ramzi pada ulangtahun hari kelahiran saya yang ke-20. Terima kasih daun keladi, kalau ada berilah lagi :3
Aiya, sudah 20 tahun maa.. Sudah tidak bergelar remaja belasan tahun... :)
Intabih
Anda dibenarkan mengambil isi blog ini untuk penyiaran, penyebaran, atau percetakan semula, dengan syarat bukan untuk tujuan komersil, kandungannya tidak diubah dan URL ke blog ini (atau entri) disertakan bersama. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau ketidakfahaman, hubungi penulis di alamat ibnuahmad_13 [at] yahoo.com atau miorkhabir [at] gmail.com.