20090910

Koleksi Testi/Komen ILUVISLAM.COM

Dapatkan Mesej Bergambar di sini.



Mahu lihat koleksi Testi yang terkumpul? Jom ke laman umum album Testi saya di Facebook.

20090327

Kembara Bumi Mansurah













































20090324

Lagi Perihal Dapur





Lagi-lagi saya yang perlu mengingatkan mereka, jaga sinki, jaga dapur. Barulah orang yang masak tak tension masa memasak. Barulah hasil masakan mereka jadi lebih memuaskan.
Hehe.

20081008

Prisma Ramadan, Pelangi Syawal

Juadah di bulan Ramadan tidak sempat diambil banyak gambarnya. Maklumlah, tumpukan pada ibadat saja (ceh, ye ke...?)

Daging+kuah sayuran+kentang= lauk berbuka bersama arab Mesir yang pergh!

1 Pek Berbuka percuma (nasi arab+roti 'ish [yang masih panas lagi]+daging+kuah sayur masak merah(?)+air langit [sky juice].

Hari selepasnya. Juadah sama. Tapi hari selepasnya pula, daging kambing. Tak sempat pula nak ambil gambar.

***

Juadah di bulan Syawal. Banyak memang banyak. Sebab banyak rumah terbuka. Jadi, pelbagailah juadah yang menampilkan diri. Heheh.


Bihun yang best. Tambah lebih dari 3 pinggan ooo.
(@rumah abe Din Penasihat)

Kuah laksa yang membuatkan manusia yang melihatnya tidak keruan. ^~^
(@rumah abe Din Penasihat)

Dah ada kuah, laksanya kenalah ada, kan? Ni laksa Mesir. Nampak macam mi? Memang mi pun. Arab tak jual laksa.
(@rumah abe Din Penasihat)

Koleksi kuih raya yang menarik. Buat lepas gian rindu kat kuih raya Malaysia dan kuih-kuih yang akhawat Mesir buat dan tak mau hulurkan sikit huhu. Lepas ambil, ambil lagi. Lepas ambil, ambil lagi. Lepas ambil, ambil lagi. Lepas ambil, ambil lagi. Lepas ambil, ambil lagi. (berapa kali nak ulang da...)
(@rumah abe Din Penasihat)

Makan satey kat sebelah abe Din Tanta. Masa ni dah lewat. Orang bizi la katakan. Abe Din pun dah tanggalkan dah baju raya dia. Betul tak abe Din? Huhu.
(@muzallat)

Cepat la tekan butang tu. Geram nak gigit benda yang dicucuk lidi neh.
(@muzallat)

Aiyak. Sekali lensa kamera blur da. Ni mesti pengambil gambar tak basuh tangan dia lepas makan satey :-w
(@muzallat)

Memang self-centered. Tak bergambar pun dengan kawan-kawan yang datang ke sana! Eh, bukan self-centered lahhh. Malu :P
(@Asyir - HATI PMRAM)

Faiz Hamdan dan saya. Di dalam tramco, dari Haflah Terbuka PMRAM (HATI) di Asyir, balik ke Sabie'. Oit, awat jelir lidah tu? Tau la dah kenyang.
(@Asyir - HATI PMRAM)

20080924

Transformasi Selesai!

Alhamdulillah setelah berhempas-pulas, selesai ditukar templat blog H·R kepada yang baharu. Galeri ini nampaknya masih belum mengalami proses transformasi. Insya-Allah dalam masa yang terdekat ini, jika tiada aral melintang, akan dilaksanakan transformasinya. Hehe. Sementara menunggu, silalah merenung kembali preview templat lama dan templat baru, dan lihatlah apa yang diperbaharui (macam suruh merenung masa lampaulah pula, hehe).

Templat lama.

Templat baru.

Intabih

Anda dibenarkan mengambil isi blog ini untuk penyiaran, penyebaran, atau percetakan semula, dengan syarat bukan untuk tujuan komersil, kandungannya tidak diubah dan URL ke blog ini (atau entri) disertakan bersama. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau ketidakfahaman, hubungi penulis di alamat ibnuahmad_13 [at] yahoo.com atau miorkhabir [at] gmail.com.